Apa itu enzim?
Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh system tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.
Apa berlaku jika Kekurangan Enzim
Enzim sangat penting untuk badan, Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan proses-proses berikut terjadi seperti membantutkan tumbesaran , menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, penyembuhan penyakit, kadar tumbesaran dan lain-lain lagi.
Kenapa kita Perlu Penambahan Enzim
Lazimnya seperti kita tahu semakin kita meningkat usia, hamper kebanyakan proses madan yang dahulunya aktif akan semakin menurun dan berkurangan. Selain itu kekurangan enzim ini juga adalah disebabkan oleh beberapa factor yang lain contohnya pemakanan yang tidak seimbang, penyakit, dan kanser.